Thursday, February 5, 2009

Mengapa Mereka Sangat Berkuasa?

Jadi mengapa Muslim tidak berkuasa? Di sini ada beberapa sebab. Kita sudah ketinggalan dari segi kapasiti menghasilkan ilmu.

• Di seluruh Negara Islam (57 Negara) terdapat hanya lebih kurang 500 Universiti.
• Di US sahaja terdapat 5,758 Universiti.
• Di India sahaja terdapat 8,407 Universiti.
• Hanya ada beberapa Universiti dari Negara Islam yang mendapat Ranking 500 Universiti Terbaik Dunia.
• Literasi di Negara Kristian - 90%
• Literasi di Negara Islam - 40%
• 15 negara Majoriti Kristian mencatatkan Literasi 100%
• Tiada Negara Majoriti Muslim mencatatkan Literasi 100%
• 98% di Negara Majoriti Kristian berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
• Hanya 50% di Negara Islam berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
• 40% di Negara Majoriti Kristian Mendapat pendidikan Universiti.
• Di kalangan Muslim terdapat 230 Saintis per sejuta Muslim.
• Di US terdapat 5000 Saintis per Sejuta.
• Di Dunia Kristian terdapat 1000 Juruteknik per sejuta.
• Di seluruh Arab Hanya Terdapat 50 Juruteknik per sejuta.
• Negara Islam membelanjakan 0.2% untuk penyelidikan dan pembangunan daripada Keluaran Negara Kasar.
• Negara Kristian Membelanjakan 5% daripada Keluaran Negara Kasar untuk Penyelidikan dan Pembangunan.

Kesimpulan 1
Muslim kekurangan kapasiti untuk menjana ilmu pengetahuan. Jalan lain untuk menguji darjah pengetahuan ialah darjah menyebarkan pengetahuan.
• Pakistan Mempunyai 23 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
• Singapore mempunyai 460 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
• Di UK 2,000 tajuk buku per sejuta
• Di Mesir Hanya 17 tajuk buku per sejuta.

Kesimpulan 2
• Muslim gagal menyebarkan ilmu pengetahuan.
• Mengaplikasikan ilmu pengetahuan merupakan satu lagi Ujian
• Eksport produk berteknologi tinggi dari Pakistan ialah hanya 0.9% daripada keseluruhan eksport dan Arab Saudi 0.2% manakala Kuwait, Maghribi dan Algeria 0.3% sedangkan Singapore sahaja 68%.

Kesimpulan 3
• Muslim gagal mengaolikasikan ilmu pengetahuan.
• Apa Yang Perlu Disimpulakan?
• Tidak perlu dinyatakan kerana statistik dan Fakta di atas dengan jelas menyatakannya kecuali kita gagal mendengarnya.

Nasihat Saya
Sama-samalah memberi pendidikan kepada diri sendiri rakan, saudara jauh dan dekat serta anak-anak dan menggalakkan pendidikan. jangan berkompromi dalam soal ini dan jangan biarkan anak anda daripada tidak mendapat bimbingan dan galakan dalam pendidikan (dan tolong jangan gunakan kabel (networking), rakan untuk menaikkan anak anda dalam pendidikan demi kebaikan anak anda. Jika mereka gagal biarkan mereka belajar bagaimana untuk lulus. Jika mereka gagal lakukan sekarang, mereka akan dapat lakukannya nanti)Kita adalah Populasi terbesar dunia dan terkuat dan apa yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti dan menerokai kekuatan kita. Kejayaan kita adalah ilmu Pengetahuan kita, kreativii kita, literasi kita dan tiada yang lain.Tolonglah Wahai Muslim. Bangunlah… Masih tidak terlalu lambat.

No comments:

Post a Comment